Wednesday 25 April 2012

::saat cintaNYA hadir::






بسم الله الرحمن الرحيم

jam sudah menunjukkan pukul 1pagi...akhirnya Sarah tiba juga di stesen bas, Teluk Intan..dicapai handphonenya didalam kocek dan mencari nama abangnya di skrin handphone untuk dihubungi~~bro capek -->call.


"abang,Sarah dah sampai ni..datang la ambil kat Stesen bas ni"..

"abang dah ada kat sini dah"..abangnya menjawab..
"abang ada kat mana?" Sarah hairan dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"kat belakang Sarah la..hehe", rupanya Syafiq sudah menunggu adiknya lebih awal kerana tidak mahu Sarah menunggunya keseorangan di stesen bas.

"hisy buang kredit sarah je call abang,nasib baik datang awal taw..takpe Sarah maafkan.."omel sarah kepada abangnya.. 
    
                         **********************************************

Sarah bangun pagi seperti biasa.dia terus menuju ke dapur untuk melihat apa-apa yang boleh dia bantu uminya..
"eh ni kenapa tak pakai tudung ni?pergi pakai tudung,nanti kawan abang bangun nanti tak sempat nak menyorok baru tahu.." umi mengingatkan sarah mengenai kawan abangnya..

"Allah,lupa kawan abang tido sini..nasib baik umi bagitahu Sarah awal-awal,hee.."

sambil menyediakan sarapan pagi,sarah berbual dengan uminya.banyak perkara yang nak dibualkan bila dua beranak ini berjumpa. Apa yang menarik hati sarah, dia dapat tahu bahawa kawan abangnya merupakan orang sabah yang beragama kristian dan baru sahaja memeluk Islam. bila ditanya-tanya,rupanya dia 'housemate'  yang turut belajar bersama abangnya di fakulti kejuruteraan pembuatan. memang ada benarnya,kadang-kadang perbuatan yang kecil-kecil itulah yang membuatkan orang memeluk Islam..

"Ya Allah,betapa besarnya pahala mu wahai abangku kerana mengIslamkan sahabatmu itu.Engkau yang mengajarnya syahadah,Engkau yang mengajarkan Islam kepadanya..semoga Allah memberkati hidupmu,abang.." bisik hati kecil Sarah sambil memotong sayur untuk sarapan pagi..













masih jelas di memori sarah mengenai peristiwa setahun yang lepas..

Syafiq sering melepak bersama kawan-kawannya hingga balik lewat malam. sangat susah nak lihat dia berada dirumah,pantang kawannya panggil,laju sahaja dia keluar. selalu juga umi dan ayahnya marah kerana dia keluar dengan berseluar pendek atas lutut,bukan dia tidak tahu semua itu berdosa tetapi pengaruh kawan sangat mempengaruhi hidupnya. 

selepas tamat pengajiannya di politeknik,ayah mengajaknya untuk bersama-sama pergi keluar 40hari bersama jemaah tabligh yang lain.awalnya dia menolak,namun akhirnya dia pergi juga atas ajakan ayah yang tidak putus-putus.

selama 40hari dia bersama jemaah tabligh,banyak perubahan yang berlaku dalam hidupnya.dia menelefon umi yang berada dirumah,

"umi,apit tenang disini.kenapalah baru sekarang apit rasa semua ni. apit rasa sebelum ni apit banyak buat benda yang tak berfaedah. apit rasa sebelum ni apit banyak buang masa.Apit rasa menyesal sekarang..umi,apit bahagia sangat dengan hidup apit sekarang ni bercintakan Allah.umi doakan apit ye.."

"umi sentiasa doakan anak-anak umi.akhirnya doa umi termakbul juga,Alhamdulillah".

tanpa  Syafiq sedar,air mata uminya menitis tanda syukur kepada Allah..hidup syafiq berubah sepenuhnya. Sarah yang juga melihat perubahan abangnya sangat bersyukur. kata-kata abangnya kini banyak berunsur dakwah, amalannya kini semakin meningkat. seringkali sarah mendengar suara abangnya mengaji diawal pagi..syafiq yang dulunya diawal pagi sibuk dengan bermain game warcraft dan garena,sibuk dengan melepak diluar,kini abangnya sibuk mendekatkan diri kepadaNYA..dan Sarah sendiri terdorong untuk  menjadi seperti abangnya.

beberapa bulan kemudian,syafiq mendapat tawaran menyambung pelajaran ke sebuah universiti teknikal di Malaysia, kebetulan sama universiti dengan adiknya,Sarah.
betapa cantiknya aturan Allah, ditempatkannya Syafiq di universiti itu supaya mampu menjaga adiknya yang jauh dari keluarga.

betapa hidayah itu milik Allah..manusia hanya mampu berusaha dan berdoa, tetapi Allah jualah yang membolak-balikkan hati hambaNYA dan hanya Dia yang berhak memilih siapa yang mampu mendapat hidayahNYA.. 

hampir sebak hati Sarah tatkala mengenangkan peristiwa tersebut..perkara yang memberi impak besar dalam diri abangnya,dan kini dengan perubahan tersebut memberi kesan kepada hidup kawan abangnya juga,John.





selesai makan tengah hari bersama-sama,syafiq berborak bersama-sama keluarganya.


"umi,semalam John dah daftar di Pejabat Agama Islam di Ipoh.Apit yang bawa dia.sekarang dia dah ada nama baru.'' 

kata syafiq sambil menjeling-jeling ke arah John..
John tersipu-sipu malu mengalahkan orang perempuan.

"nama Islam saya sekarang Muhammad Dannish Danial.saya nak ucapkan terima kasih kepada syafiq dan umi sekeluarga sebab banyak membantu saya."

"sedap namanya tu.ini hadiah dari ayah,umi, dan Sarah. semoga menjadi panduan Danial setiap hari".

ayah menyerahkan tafsir al-quran berwarna coklat kepada danial dengan balutan yang sangat cantik dan kemas.
"terima kasih ayah,umi.." tak terucap Danial setelah mendapat hadiah tersebut.  

umi dan ayah bersyukur kerana merasakan bertambah seorang lagi ahli dalam keluarga dan yang penting,bertambah seorang lagi umat Islam yang akan memperjuangkan Islam dimuka bumi ini..

dalam setiap doanya,Syafiq berasa bersyukur kerana melihat dengan sendirinya bagaimana saat cinta Allah itu hadir dalam kehidupan seseorang yang beragama Kristian.Dia bersyukur kerana Allah memilihnya untuk memberikan Danial merasa betapa manisnya cinta Allah.Sungguh Allah itu Maha Penyayang terhadap hambaNYA..Benarlah kata Rasulullah,"Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka Dia memberikan kefahaman agama untuknya ……… “ - HR Bukhari  

jauh disudut lain,Sarah sangat kagum dengan abangnya walaupun dia tahu abangnya hanyalah alat untuk Allah berikan hidayah kepada Danial. teringat dia kepada sebuah hadith;
''seseorang yang mendapat hidayah dengan disebabkan kamu lebih baik dari unta merah(puncak harta kekayaan orang arab)''..

sejuk hati sarah dan keluarga setiap kali melihat Syafiq membawa Danial solat berjemaah dimasjid,mendegar kuliah agama dengan meminjam jubah sekerat Syafiq dan berkain pelikat. dan yang mencuit hatinya kini Danial turut menyimpan janggut sunnah Rasulullah..semoga engkau mampu menjadi rijal-rijal Allah yang kuat dalam menegakkan Deen Allah..




dalam diam,Sarah titipkan doa kepada Allah;


"Ya Allah,Kau tetapkanlah hatinya dalam agamaMu,Kau bimbinglah mereka..

Kau bimbinglah aku untuk terus istiqomah dalam melaksanakan ketaatan kepadaMu,

kau redhailah keluarga ku untuk terus berada dalam cintaMu.."







No comments:

Post a Comment