Wednesday 25 April 2012

::saat cintaNYA hadir::






بسم الله الرحمن الرحيم

jam sudah menunjukkan pukul 1pagi...akhirnya Sarah tiba juga di stesen bas, Teluk Intan..dicapai handphonenya didalam kocek dan mencari nama abangnya di skrin handphone untuk dihubungi~~bro capek -->call.


"abang,Sarah dah sampai ni..datang la ambil kat Stesen bas ni"..

"abang dah ada kat sini dah"..abangnya menjawab..
"abang ada kat mana?" Sarah hairan dan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"kat belakang Sarah la..hehe", rupanya Syafiq sudah menunggu adiknya lebih awal kerana tidak mahu Sarah menunggunya keseorangan di stesen bas.

"hisy buang kredit sarah je call abang,nasib baik datang awal taw..takpe Sarah maafkan.."omel sarah kepada abangnya.. 
    
                         **********************************************

Sarah bangun pagi seperti biasa.dia terus menuju ke dapur untuk melihat apa-apa yang boleh dia bantu uminya..
"eh ni kenapa tak pakai tudung ni?pergi pakai tudung,nanti kawan abang bangun nanti tak sempat nak menyorok baru tahu.." umi mengingatkan sarah mengenai kawan abangnya..

"Allah,lupa kawan abang tido sini..nasib baik umi bagitahu Sarah awal-awal,hee.."

sambil menyediakan sarapan pagi,sarah berbual dengan uminya.banyak perkara yang nak dibualkan bila dua beranak ini berjumpa. Apa yang menarik hati sarah, dia dapat tahu bahawa kawan abangnya merupakan orang sabah yang beragama kristian dan baru sahaja memeluk Islam. bila ditanya-tanya,rupanya dia 'housemate'  yang turut belajar bersama abangnya di fakulti kejuruteraan pembuatan. memang ada benarnya,kadang-kadang perbuatan yang kecil-kecil itulah yang membuatkan orang memeluk Islam..

"Ya Allah,betapa besarnya pahala mu wahai abangku kerana mengIslamkan sahabatmu itu.Engkau yang mengajarnya syahadah,Engkau yang mengajarkan Islam kepadanya..semoga Allah memberkati hidupmu,abang.." bisik hati kecil Sarah sambil memotong sayur untuk sarapan pagi..








REALITY OF LIFE ~~



ketika aku memohon keberaniaan,
ALLAH memberi bahaya untuk aku atasi perasaan takut,
ketika aku memohon bantuan,
ALLAH memberikan aku kesempatan,
ketika aku memohon kepandaian,
ALLAH memberi aku kesulitan agar aku belajar erti hidup,,
ketika aku mohon kesenangan,
ALLAH memberi aku masalah untuk aku uraikan,,
,
ALLAH memberi akal untuk aku berfikir,,
 agar aku dapat menggunakannya dengan sebaiknya,


disaat aku memerlukan cinta,

ALLAH hadirkan orang yang tidak kenal erti cinta,

agar aku tahu bahawa cintaMU lebih utama..

ALLAH tidak pernah memberi apa yang aku minta,

tapi ALLAH beri apa yang aku perlukan...
sesungguhnya ALLAH telah mengatur segalanya,
itulah yang terbaik buat aku,
dan itulah nikmat dalam jagaanNYA..
usah dipinta agar dikecilkan ujian,
tapi pintalah agar dibesarkan iman untuk menghadapinya..
semoga sentiasa mekar dalam bimbingan cinta ALLAH.