Friday 30 March 2012

TRY TO UNDERSTAND....!






••►Seseorang yang sentiasa tersenyum riang di hadapanmu,

Ketahuilah dia sering menyapu air matanya tatkala sendirian.



••►Seseorang yang sentiasa bergurau senda di hadapanmu,
Ketahuilah dialah seorang pemurung tatkala sendirian.



••►Seseorang yang sentiasa menyuntik kata-kata semangat dan perangsang kepadamu, 
Ketahuilah tatkala itu dia sedang menyulam hatinya yang retak seribu.






••►Seseorang yang sentiasa kelihatan kuat di hadapanmu,
Ketahuilah dialah yang sentiasa mengadu lemah di hadapan Tuhannya.



••►Seseorang yang ketawanya menceriakan harimu,
Ketahuilah tatkala itu dia sedang membalut duka di dadanya.



••►Seseorang yang sering memberi hadiah kepadamu,
Ketahuilah dialah insan yang tidak pernah mendapatkannya.



••►Seseorang yang bebas mengeluarkan cetusan fikirannya,
Ketahuilah dialah seorang ‘pertapa setia’ yang tidak mampu bersuara tatkala sendirian.







Thursday 29 March 2012

YOU'VE GOT A MAIL !!


Seorang lelaki sedang memotong rumput di halaman depan rumahnya, ketika tetangganya, seorang wanita cantik berambut perang keluar dari rumah dan langsung menuju ke kotak surat. Dia membuka kotak surat itu lalu membanting pintunya dan meluru masuk ke rumah.
 



Beberapa saat kemudian, wanita itu keluar lagi dari rumahnya dan memeriksa semula kotak suratnya. Pintu kotak surat dibanting lagi dan dengan marah dia masuk ke dalam rumah. Ketika lelaki tadi hampir menyelesaikan pekerjaannya memotong rumput, wanita tadi muncul lagi dari dalam rumah. Terus menuju ke kotak surat, membukanya dan segera membanting pintu kotak surat tersebut lebih keras daripada sebelumnya.

Bingung dengan tindakan yang dilakukan wanita itu, lelaki tadi bertanya padanya, “Apakah ada masalah?” Wanita berambut perang itu menjawab, “Tentu saja ada! Komputerku yang bodoh itu terus-menerus mengatakan, “YOU’VE GOT A MAIL.”

Tuesday 20 March 2012

" DARE TO FAIL "


Manusia suka harta, tapi lupa pada amalan,
Manusia Suka rumah, tapi lupa pada kubur,
Manusia suka bercinta, tapi lupa pada neraka,
Manusia suka berbalah, kerana lupa adanya syurga,
Manusia Suka manusia, tetapi lupa pada pencipta...


Berani untuk Gagal...
Setiap kegagalan yg pernah,sedang dan akan lalui adalah suatu proses-proses kehidupan.. jatuh, bangun,jatuh dan bangun semula itu adalah proses normal kehidupan untuk kita menjadi seorang manusia yang benar-benar kuat, hebat dan berjaya!
Jadi kita tak boleh sama sekali merasa keluh, kesah, dan kecewa, akan segala kegagalan yang berlaku kepada kita. Gagal, jatuh dan sesekali ‘down’ di dalam hidup itu adalah normal.. Semua orang pernah merasakan kegagalan dalam hidup. Namun selepas itu mereka mampu untuk bangkit semula dan menjadi seorang manusia yang benar-benar hebat dan berjaya.
Percayalah, pada setiap kejatuhan itu, pasti ada bangunnya suatu hari nanti, andai kita terus berusaha dan berusaha untuk membangunkan diri kita.
kenapa?? kerana kita adalah makhluk terbaik ciptaan ALLAH.
kita tidak boleh merasakan yang kita telah gagal atau adalah manusia yang tidak berguna di atas muka bumi ini setelah mengalami pelbagai bentuk kegagalan dalam hidup. Kita ini adalah makhluk ciptaan terbaik daripada Yang Maha Esa. Jadi, kita mesti dan wajib membuktikan bahawa kita sememangnya benar-benar berhak untuk menjadi makhluk terbaik daripada ALLAH.
Jangan brsedih, tak usah bermuram muka, jangan sekali-kali merasa jatuh, sebab kita makhluk terpilih. DIA menghadiahkan setiap ujian itu kepada hamba-hambanya yang terpilih sahaja.. kita perlu tahu bahawa kita adalah makhluk yang DIA pilih kerana kita yang dirasakan berhak untuk mendapat ujian tersebut.
ALLAH tidak menghadirkan ujian kepada hamba-hambanya yang tidak layak untuk mendapat ujian tersebut. Setiap ujian, dugaan dan cabaran adalah untuk hambanya yang dirasakan berhak dan mampu untk menanganinya.
Maka, hadapilah dengan tabah, kuat, tegar dan cekal. Yakinlah bahawa kita merupakan makhluk yang terbaik untuk menerima setiap ujian daripada ALLAH.
بالتوفيق  والنجاح في كل امتحان خصوصا في الدين في الدنيا والآخرة                      

Monday 19 March 2012

CEPAT DIMASAK..SEDAP DIMAKAN....


Makanan yang tak dinafikan agak digemari oleh aku..huhu.. tapi jom kite try bace fakta ni..

MEE segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya dimakan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan pelajar universiti mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket. Cerita kita hari ini adalah mengenai mee segera dan keburukannya terhadap kesihatan.


makanan segera merbahaya

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu tersembunyi keburukan dari segi kesihatan. Sebenarnya mee segera kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang terbukti tidak bagus untuk kesihatan..



Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.
Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. 
Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak? Kanak2-kanak yang berumur di bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. 

Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.










Friday 16 March 2012

LANGKAH TERCIPTA ~~

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah)

Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.


Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap


 



Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan.

Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”.


Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.


Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan


Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).


Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. 


Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.


"Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77)


"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)


Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.


Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.


Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.


Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.


Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib)


Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."


Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.


Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214)


Kekitaan yang erat tiada yang berat.


Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.


Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati


Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.


Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh.


Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.


Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah.