Friday 25 November 2011

PERLU KE ??

      Kadang-kadang terlintas jugak di fikiran .. perlu ke bercinta ?? bak kata filem indon la.. ada apa dengan cinta ..dah jadi satu fenomena dan kebiasaan pulak bagi pelajar universiti ( even pelajar kat sekolah pun ) bercinta .. malah bagi yang tak ada "couple" tu dipandang pelik .. tapi memang tipu la kalau cakap langsung tak ada perasaan nak bercinta ..hhidup dikelilingi dengan kawan yang bercinta , selalu cerita kisah cinta yang konon sangat sweet tu ..mustahil la kalau langsung tak ada perasaan tu..


      Tapi satu aku fikir , boleh ke aku nak jaga diri aku kalau aku bercinta ,aku ni dah la tak berapa nak betul ..ditambah pulak dengan bercinta..lagi tak betul jadinya ..kalau macam tu keadaan nya bila masa aku nak berubah ..macam mana aku nak dekatkan diri aku dengan ALLAH kalau asyik sibuk layan perasaan dekatkan diri dengan makhluk NYA..seriously cakap aku tak de kekuatan untuk bercinta ..dan adalah lebih baik begitu ..insyaAllah ..


       Dan yang lebih tepat sebenarnya rasa takut tu ada ..dengan macam-macam cerita yang timbul pasal couple ni .. dikuatkan lagi dengan firman ALLAH yang mengecam mereka yang mendekati zina..


                      17:32
 Dan janganlah kamu mendekati zina  , sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan keji dan jalan yang buruk ..


        Sedar atau buat tak sedar ..sebenarnya couple tu salah satu jalan mendekati zina .. jadi berhati-hati lah ( sebenarnya) adalah lebih baik jauhkan diri dari zina ni.. korang mungkin boleh kata "walaupun aku couple tapi still jaga batas pergaulan aku " ..tau tak sebenarnya korang silap  ?? mungkin betul la korang jaga batas pergaulan..dah "terlepas " zahir ..tapi yang batin ( i mean your heart ) ..boleh ke korang jaga dengan sebaik-baik nya.. kalau dah bercinta mesti ade rasa rindu , rasa cinta ..dan sedarlah sebenarnya tu pun cabang-cabang zina ..

  ....استغفر الله العظيم



         Ya ALLAH !! sedangkan yang tak bercinta ni pun belum tentu boleh nak jaga hati dari dibuai persaan tu ..nikan pulak kalau bercinta ..paham- paham sendiri la kan..


unic - atas nama cinta -
Tika mata diuji manisnya senyuman
Terpamit rasa menyubur harapan

Dan seketika terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singkat perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan
Impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikan
Gusar keindahannya
Merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempuna

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba menghindarkan pesona maya
Kerna tak upaya ku hadapinya
Andai murka-Nya menghukum leka

Diatas nama cinta pada yang selayaknya
Kunafikan yang fana moga dalam hitungan
Setiap pengorbanan
Agar disuluh cahaya redha-Nya


Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasih-Nya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Saratkan hati ini dengan cinta hakiki
Sehingga ku rasai
Nikmat-Nya
Syurga-Nya
Cinta-Nya






         

Saturday 5 November 2011

AMBIL TAHU UNTUK TAHU APE YG KITE TAK TAHU..!!

Universiti tempat untuk kita belajar cara2 nak "survive" dalam dunia luar yg penuh cabaran.. kat sini macam2 ragam orang kite boleh tengok..ade yg menyejukkan mata dan aku tersangat ingin jadi macam 2..& bile tengok dari sudut yang lain terasa ade perasaan takut bile tengok  yg agak jauh tersasar.. 


Aku pon pernah tersasar.. dan sebolehnya  aku tak nak semua 2 berulang lagi.. aku nak berubah untuk jadi yg lebih baik..tapi sejujurnya bukan senang nak berubah.. ade orang  cakap x senang nak jadi baik n tak susah nak  jadi jahat..mmg 2 yg aku lalui & alami..namun sentiasalah yakin dengan ALLAH..ALLAH pasti membantu hambanya yg ingin menuju ke arah kebaikan..

فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا  * إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا 


Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan * sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan




buat sahabat2 BQB3 semoga persahabatan yg terbina akan terus terjalin .. tunjukkan aku jalan untuk mendekati rabbul 'izzati.. jangan sebab kesilapan lampau aku  disisihkan dan ditinggalkan keseorangan..terima kasih kepada sahabat2 aku (AL-ATTAS,PEKAN) & (KULLIAH SAB,PEKAN) yg sentiasa bersama aku dikala senang dan susah..TO ME U'RE EVERYTHING..TQVM..



mungkin kalian semua xtahu ape maksud disebalik semua ni dan aku pun x bersedia untuk berkongsi semuanya..cuma satu aku mintak...NEVER JUDGE A BOOK BY IT'S COVER..EITHER IT'LL SHAME OTHERS OR WORSE IT'LL SHAME YOURSELF...aku bukan jahat sangat tapi aku x cakap aku baik..aku cuma nak mnjalani hidup yang lebih tenang dan aman..
juga doakan aku agar dapat terus istiqamah dalam jihad  ini..






يا مُقَلِّبَ القلوب ثَبِّتْ قلبي على دينك


 رَبَّنَا لا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, engkau tetapkanlah hatiku atas agama-Mu, Wahai tuhan kami  jangan engkau palingkan hati kami setelah engkau memberi hidayah kepada kami, dan berikanlah kepada kami dari sisi-Mu rahmat, karena engkaulah sebaik-baik pemberi rahmat.

ALHAMDULILLAH 'ALA KULLI HAL..!!